dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 fasa 3, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Kelas Asas Komputer Bersama Ibu-Ibu Tunggal

24 Januari 2016 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Januari 2016, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah terpilih untuk dijadikan sebagai tempat latihan untuk ibu-ibu tunggal di Selangor Darul Ehsan. Program ini merupakan anjuran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor. Program ini merupakan lanjutan daripada Program Bina Insan Ibu Tunggal Selangor.

Menerusi Program Bina Insan Ibu Tunggal Selangor, telah diadakan kelas susulan untuk ibu-ibu tunggal yang terpilih iaitu menerusi Kelas Asas Komputer. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti Kelas Microsoft Office Publisher 2013 dan Microsoft Office Power Point 2013. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi latihan asas ICT kepada ibu tunggal. Hal ini kerana, seperti yang kita tahu pengetahuan ICT adalah amat penting kepada semua golongan. Ibu tunggal yang terpilih untuk mengikuti kelas ini boleh mempraktikkan ilmu yang dipelajari untuk membantu mereka dalam kehidupan seharian seperti membuat poster perniagaan dan sebagainya. Staff pengurus Pusat Internet juga terlibat secara tidak langsung dalam kelas yang diadakan.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.