dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 fasa 3, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Bengkel Robotik Lego 3D

29 Mei 2016 | Aktiviti Terkini

Surhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, MCMC telah mengadakan Bengkel Robotik Lego 3D pada 28 Mei 2016 yang lalu dengan kerjasama Pusat Internet, PI Putrajaya. Bengkel Robotik ini merupakan kesinambungan daripada Program Smart Community @ Komuniti Pintar oleh MCMC. 

Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta impak positif kepada para pelajar khususnya kepada para peserta berkenaan perkembangan teknologi robotik masa kini. Disamping itu, dapat menarik daya kreativiti idea peserta dalam mereka cipta robot yang menarik dan berguna dalam pertandingan yang dianjurkan. Bersempena cuti persekolahan ini perserta mendapat ilmu yang bermanfaat disamping mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah. Program yang dijalankan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar dan mereka sangat teruja ketika bengkel berlangsung. 

Bengkel telah diadakan di Dewan Komuniti Presint 9 Fasa 10 dan berlangsung bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Seramai hampir 40 orang pelajar yang menyertai bengkel terdiri daripada Pusat Internet, PI daripada Zon Wilayah Tengah. 

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.