dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Presint 9 fasa 3, Putrajaya
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook
    blog

Seminar Usahawan Internet Bersama MARA

22 Mac 2015 | Aktiviti Terkini

Pada Sabtu 21 Mac 2015, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Seminar Usahawan Internet bersama MARA. Ia juga merupakan inisiatif pihak Surau Al-Musthofa Presint 9 Putrajaya. Tujuan Seminar Usahawan Internet ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 3 dengan komuniti setempat. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan Pusat Internet 1 Malaysia serta fungsinya kepada masyarakat setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat komuniti setempat untuk berkunjung ke Pusat Internet 1 Malaysia. Dengan adanya program keusahawanan ini, ia secara tidak langsung dapat merapatkan jurang antara pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia dengan masyarakat setempat. Penceramah yang dijemput merupakan pegawai dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) iaitu Encik Muhd Salha Khaiessa Bin Ahmad dari MARA Kuala Lumpur. Pada hari berkenaan, beliau memberi pendedahan mengenai asas-asas memulakan perniagaan, perancangan perniagaan, dan cara-cara memulakan perniagaan secara online. Beliau juga turut menyelitkan beberapa jenis bantuan kewangan daripada pihak MARA yang para peserta boleh memohon bagi memulakan perniagaan atau sebagai tambahan modal sedia ada. Seminar Usahawan Internet bersama MARA ini diakhiri dengan sesi soal jawab dan perkongsian antara peserta dan juga pihak MARA.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas

© 2014 - 2019 Semua Hakcipta Terpelihara.