Program NADI x Pembelajaran Sepanjang Hayat – Mahir Prompt Engineer

14 Julai 2026 | Aktiviti Terkini

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan melibatkan penyertaan Puan Siti Nur Syarina. Beliau telah menunjukkan komitmen dan kesungguhan yang baik sepanjang mengikuti sesi pembelajaran Mahir Prompt Engineer Cohort 1 Level 1.

Sepanjang Cohort 1 Level 1, peserta telah mengikuti empat modul pembelajaran yang dirangka bagi memberikan pendedahan kepada asas kecerdasan buatan (AI) serta aplikasinya dalam pelbagai bidang.

Modul-modul yang telah dipelajari adalah seperti berikut:
1. Pengenalan kepada Kecerdasan Buatan (AI)
2. Penghasilan Kandungan Media Sosial Menggunakan AI
3.Pembangunan Laman Web Menggunakan AI
4. Penyelidikan dan Penulisan Laporan Berbantukan AI

Hasil daripada usaha dan komitmen yang diberikan, beliau telah berjaya melepasi ujian kelayakan yang ditetapkan dan layak untuk meneruskan pembelajaran ke Mahir Prompt Engineer Cohort 1 Level 2. Pencapaian ini mencerminkan kesungguhan peserta dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari serta membuktikan keberkesanan pendekatan pembelajaran secara berperingkat yang dilaksanakan melalui program ini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas