Kelas NADI Safe & Shield Bersama KEMAS

22 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

21-22 Mei 2025, Rabu-Khamis - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Presint 9 Fasa 3 telah menjalankan Kelas NADI Safe & Shield Bersama KEMAS . Kelas ini khusus untuk adik-adik tabika yang berumur 5 dan 6 tahun. Kelas ini telah dijalankan di NADI Presint 9 Fasa 3. Seramai 53 orang pelajar yang terdiri daripada 22 orang pelajar perempuan dan 31 orang pelajar lelaki telah menyertai kelas ini. Kelas ini juga turut dibantu 4 orang Guru Tabika. Kelas ini telah dijalankan selama 1 jam yang bermula pada jam 9.30 pagi dan diakhiri pada jam 10.30 pagi.

Kelas dimulakan dengan sesi pengenalan asas Komputer, belajar lebih bijak menggunakan aplikasi ABCya dan Senamrobik.

Mereka juga didedahkan dan diterangkan mengenai pengetahuan digital dan tabiat digital yang baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas