Program Khas Merdeka & Hari Malaysia @ NADI
8 September 2025 | Aktiviti Terkini07 September 2025 (Ahad) – NADI Presint 9 Fasa 3 telah berjaya menganjurkan Program Khas Merdeka & Hari Malaysia 2025 sebagai wadah memperkukuh perpaduan komuniti setempat melalui pelbagai aktiviti berinformasi, kreatif dan berunsur kekeluargaan. Program ini berlangsung dengan meriah serta mendapat sambutan baik daripada kanak-kanak, belia dan keluarga yang hadir sepanjang acara.
Antara aktiviti utama yang dijalankan termasuklah Pertandingan Mewarna Merdeka, Pertandingan Mobile Legend Merdeka, Tayangan Video Ulangan Sambutan Hari Kemerdekaan ke-68, Kuiz Kemerdekaan & Hari Malaysia, Saringan Kesihatan dan Pendaftaran Ahli Baharu NADI. Sesi live khas NADI seluruh Malaysia bersama YB Datuk Fahmi Fadzil, Menteri Komunikasi juga diadakan ketika program berlangsung.
Pihak NADI Presint 9 Fasa 3 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan komuniti yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: