BAZAR RAYA NADI 2025
23 Mac 2025 | Aktiviti Terkini22 Mac 2025, (Sabtu) – Sebagai sebahagian daripada inisiatif Perkhidmatan Pintar NADI, Pejabat NADI, MCMC telah mencadangkan penganjuran Bazar Raya NADI secara serentak di semua NADI yang beroperasi di seluruh negara. Program ini mendapat sokongan daripada YBhg. Tan Sri Pengerusi MCMC dalam usaha memperkasakan usahawan tempatan, memperluaskan peluang pasaran, serta menarik lebih ramai penyertaan usahawan baharu dan ahli NADI. Objektif utama program ini adalah untuk:
1. Memberi peluang kepada usahawan NADI memasarkan produk mereka.
2. Menarik penyertaan usahawan baharu ke dalam program Keusahawanan di bawah teras NADI Perkhidmatan Pintar.
3. Mempromosikan NADI kepada komuniti.
Justeru itu, NADI Presint 9 Fasa 3 telah menyertai program ini yang terdiri daripada usahawan komuniti berhampiran. Antara produk usahawan yang ada di Bazar Raya NADI Presint 9 Fasa 3 adalah Kerepek, Minuman dan Puding. Program ini bermula pada jam 9 pagi sehingga jam 5 petang yang dihadiri pengunjung. Turut diadakan aktiviti tambahan kepada para pengunjung iaitu:
- Mengadakan sesi Webinar Kidventure dan NADI-Preneur dan perkongsian keusahawanan untuk menarik minat usahawan dan pengujung.
- Menggalakkan pendaftaran ahli baharu NADI dalam kalangan peserta dan pengunjung bazar.
- Membuat Saringan Kesihatan kepada pengunjung.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: