PERTANDINGAN MOBILE LEGENDS BANG BANG MUSIM KEDUA
20 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 April 2025 (Sabtu) – Pertandingan Mobile Legends Bang Bang peringkat Wilayah Persekutuan 2025 telah berlangsung dan NADI Presint 9 Fasa 3 telah diwakili oleh Pasukan Dark System. Pertandingan ini merupakan musim kedua melibatkan keseluruhan NADI Wilayah Persekutuan dan melibatkan 14 perlawanan yang diruruskan oleh Maida Esport. Pasukan yang memenangi perlawanan akan mewakili Wilayah Pesekutuan dan seterusnya kan bertanding pada Peringkat Kebangsaan.
Program ini dimulakan dengan taklimat penerangan oleh Pengurus NADI, Puan Sarahhaziqah dan pengurus turut mengadakan kelas kesedaran kepada peserta yang terlibat. Petugas membuka tayangan video NADI x eSukan – Podcast bagi setiap episod terutama episode 5: Kepentingan Kesihatan dalam e-Sukan yang disampaikan oleh Dr Zatul, Pengasas Esports MedicA. Sepanjang sesi pertandingan berlangsung diadakan juga aktivtiti sampingan seperti pemeriksaan kesihatan dan aktiviti Kuiz NADI E-Sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: