KESELAMATAN SIBER UNTUK WANITA

19 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 April 2025 (Jumaat) – pihak SSO telah mengadakan Webinar Keselamatan Siber Untuk Wanita. Webinar ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan wanita dalam bidang keselamatan siber dengan memberikan pendedahan kepada cabaran, peluang, dan strategi yang boleh membantu mereka membina kerjaya yang berjaya dalam industri ini. Webinar ini di hadiri oleh 3 orang peserta dari NADI Presint 9 Fasa 3. Seterusnya, webinar ini juga penting supaya kita tidak mudah terpedaya untuk mempercayai seseorang secara atas talian. Dengan adanya webinar seperti ini, kita akan lebih selamat dan tidak mudah untuk ditipu scammer yang semakin berleluasa pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas