Pertandingan E-Sukan X Nadi (Mlbb) Musim Ketiga Peringkat Wilayah

26 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

25 OKTOBER 2025 (SABTU) - Telah berlangsung perlawanan e-Sukan Saringan Peringkat Wilayah telah diadakan bertempat di NADI Presint 9 Fasa 3, Putrajaya. Acara ini dilakukan secara virtual menggunakan aplikasi discord yang telah disediakan oleh pihak pengurus NADI e-Sukan. 29 pasukan terlibat dalam meraih tempat untuk mewakili ke peringkat kebangsaan.

Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran pada jam 9 pagi hingga jam 9.30 pagi .Kemudian diteruskan dengan persediaan wakil peserta bersama marshal dalam memilih undian. Pasukan telah dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana setiap wakil pasukan akan berentap antara kumpulan yang ditetapkan mengikut format point mata terkumpul yang tertinggi dan hanya 2 pasukan daripada setiap kumpulan yang akan layak mara ke peringkat kebangsaan.

Perlawanan dimulakan pada jam 10.30 pagi bertemu wakil kumpulan daripada NADI PA SERI TIOMAN dan tewas. Perlawanan kedua bertemu kumpulan wakil NADI PPR Hiliran Ampang dan peroleh kemenangan pertama. Seterusnya dengan kemenangan kedua menentang PA Seri Sarawak pada pusingan ketiga. Manakala pada pusingan keempat lawan wakil kumpulan NADI PA Seri Tioman 1 dan kalah.Manakala pusingan kelima lawan wakil kumpulan NADI PPR Raya Permai dan menang.Seterusnya disambung ke perlawanan menentang PPR Taman Beringin dan Kampung Sungai Labi dan telah ditumpaskan oleh kedua-dua wakil NADI tersebut.Keputusan perlawanan ini tidak melayakkan wakil NADI Presint 9 Fasa 3 untuk ke peringkat separuh akhir.

Acara pertandingan diakhiri pada jam 4.30 petang seterusnya peserta melakukan aktiviti Webinar e-Sukan bertajuk Visual Storytelling – From Idea to Pitch menggunakan sistem LMS NADI e-Sukan dan seterusnya aktiviti Webinar Sheild bertajuk Gajet, Kita Dikawal @ Mengawal dibawah teras NADI x Kesedaran. Program ini berakhir pada jam 5.30 petang yang disempurnakan dengan sesi bergambar bersama-sama.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas