Program Online Pocket Talk Mengenai CFM & Tip Keselamatan Sosial

19 September 2021 | Aktiviti Terkini

18 September 2021, Sabtu – Staff pengurusan Pusat Internet Komuniti Presint 9 Fasa 3 telah menyertai sesi live bersama pihak CFM iaitu dalam program Online Pocket Talk mengenai CFM dan Tip Keselamatan Sosial.

Program ini merupakan anjuran CFM iaitu Consumer Forum of Malaysia yang merupakan sebuah persatuan yang mewakili semua pihak yang berkaitan, termasuk pihak yang terbabit dengan “bekalan dan permintaan” dalam industri komunikasi dan multimedia.

Speaker utama bagi program ini adalah Encik Ahmad Izham Khairuddin yang merupakan Pengarah Forum Pengguna Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CFM). Beliau telah menekankan beberapa topik penting semasa talk berkenaan iaitu pertama, Data Tanpa Had dan Tip Penjimatan Data Untuk Warga Digital.

Live program ini telah berlangsung selama 1 jam setengah bermula pada pukul 10.00 pagi hingga ke 11.30 pagi dan disertai oleh semua staff pengurusan PIK Kuala Lumpur dan Putrajaya. Live diakhiri dengan sedikit kuiz kepada staff pengurusan PIK dan sesi bergambar secara maya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas