Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kaktus 1, 2 Dan 3

25 Mei 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Mei 2019, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kaktus 1, 2 dan 3. Seramai 17 orang pelajar lelaki dan 20 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 3 sesi bermula pada pukul 9 pagi sehingga 12 tengah hari.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas computer, ulangkaji asas computer dan tayangan video ABC. Pelajar juga dapat belajar ABC dan nombor secara interaktif melalui abcya.com dengan aktiviti mengenal ABC 'Alphabet Bubbles'. Selain itu, pelajar dapat mengasah motor skill mereka dengan penggunaan tetikus semasa sesi pembelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas