Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kaktus 2 Dan 3

22 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2019, Pusat Internet Presint 9 Fasa 3 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika Kaktus 2 dan 3. Seramai 14 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan telah menghadiri kelas berkenaan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Seramai 2 orang guru pengiring telah membantu dalam kelas ini.

Antara aktiviti yang telah dijalankan pada hari ini adalah pengenalan asas computer dan ulangkaji asas komputer. Selain itu, adik-adik juga didedahkan dengan pembelajaran mengenal warna melalui aktiviti mewarna online di thecolor.com .Kelas ini diakhiri dengan sesi nyanyian warna pelangi oleh Didi and Friends.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas