Program Karnival Sukan Komuniti 18R13

25 Oktober 2018 | Aktiviti Terkini

24 Oktober 2018, Rabu – Rukun Tetangga Komuniti 18R13 dengan jayanya telah mengadakan Program Karnival Sukan Komuniti 18R13 bagi tahun 2018. Program ini merupakan program tahunan yang diadakan untuk menjalinkan ukhwah sesama penduduk sekitar disamping menyertai aktiviti sihat iaitu dengan bersukan. Pusat Internet Putrajaya mengambil kesempatan ini turut serta turun padang membuka booth dan bekerjasama dengan ajk sebagai urusetia program.

Antara aktiviti yang diadakan di booth PI Putrajaya adalah pendaftaran ahli, pendaftaran portal ekelas, advokasi – Check Your Label, Mobile ewaste, dan Kuiz KDB. Program telah diadakan pada 21 Oktober 2018 bersamaan hari Ahad yang lalu. Antara aktiviti menarik yang berlangsung adalah senamrobik, sukaneka, gerai jualan, pertandingan mewarna dan cabutan bertuah. Pengunjung yang hadir terdiri daripada penduduk sekitar Presint 18. Program tersebut bermula pada jam 7.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas